Pemain dan pasukan nasional yang berjaya Kejohanan Dunia BWF

Pemain yang berjaya

Beberapa pemain yang memenangi pingat emas dalam lebih daripada satu kategori bagi penerimaan solo dalam Kejohanan Dunia, ini termasuk

  1. Lene Køppen, 1977, beregu campuran dan perseorangan wanita
  2. Christian Hadinata, 1980, beregu lelaki dan beregu campuran
  3. Park Joo-bong, 1985, beregu lelaki dan beregu campuran, 1991, perseorangan lelaki dan beregu campuran
  4. Han Aiping, 1985, perseorangan wanita dan beregu wanita
  5. Ge Fei, 1997, beregu wanita dan beregu campuran
  6. Kim Dong-moon, 1999, beregu lelaki dan beregu campuran
  7. Gao Ling, 2001, beregu wanita dan beregu campuran

Dari 1977 hingga 2001, pingat ini biasanya didominasi penuh oleh lima negara seperti China, Korea, Denmark, Indonesia, Malaysia. Walau bagaimanapun, pada 2003, juara termasuk tujuh negara dan pada 2005 papan pungutan pingat mengandungi rekod tertinggi iaitu sepuluh negara.

Tony Gunawan juga memiliki kemenangan pingat emas berganda dalam acara beregu lelaki, mewakili dua negara berbeza, 2001; digandingkan dengan Halim Haryanto dari Indonesia dan pada 2005; digandingkan dengan Howard Bach untuk membolehkan Amerika Syarikat mengumpul pingat pertama bagi kejohanan ini.

Edisi 2005 memperlihatkan muka baru dalam acara beregu campuran yang mana ia sering didominasi oleh China dan Korea sejak 1997. Dengan penarikan diri juara bertahan dan juara dua kali Kim Dong-moon/Ra Kyung-min (Korea), Nova Widianto/Lilyana Natsir memenangi pingat emas pertama dalam acara beregu campuran buat Indonesia sejak 1980 yang mana Christian Hadinata/Imelda Wijuno memenangi acara itu kali terakhir buat Indonesia sebelum itu.

Berikut merupakan senara pemain paling berjaya yang memiliki 3 pingat emas.[3]

PlayerMSWSMDWDXDJumlah
Park Joo-bong235
Gao Ling314
Han Aiping213
Li Lingwei213
Lin Ying33
Guan Weizhen33
Ge Fei213
Kim Dong-moon123
Huang Sui33

Pasukan nasional yang berjaya

Berikut merupakan senarai pemenang pingat yang dipaparkan mengikut kategori dan negara selepas Kejohanan Dunia BWF 2007.

China muncul pasukan nasional paling berjaya dalam Kejohan Dunia sejak diperkenalkan pada 1977. China menjadi satu-satunya negara yang menyapu bersih pingat emas bagi kesemua kategori pada 1987 di Beijing. Mereka diikuti rapat oleh Indonesia dan Korea Selatan dengan Denmark mengetuai negara Eropah dalam senarai kejuaraan.

Negara77808385878991939597990103050607Jumlah
 China235431132133224340
 Indonesia141321222218
 Denmark31111119
Korea21212119
 England1113
 Sweden112
 Jepun11
 Amerika Syarikat11

DICETAK TEBAL bermaksud juara keseluruhan bagi sesuatu Kejohanan Dunia

Nota 1: China dan Korea terikat dengan dua pingat emas. Namun begitu, Korea memenangi dua pingat perak dan China tidak memenangi sebarang pingat perak, maka Korea layak menjadi juara keseluruhan.
Nota 2: China memenangi empat pingat perak berbanding satu pingat perak buat Indonesia, jadi, China diangkat menjadi juara keseluruhan.

Perseorangan lelaki

Negara77808385878991939597990103050607Jumlah
 ChinaXXXXXXXX8
 IndonesiaXXXXXX6
 DenmarkXX2

Perseorangan wanita

Negara77808385878991939597990103050607Jumlah
 ChinaXXXXXXXXXXXX12
 DenmarkXX2
 IndonesiaXX2

Beregu lelaki

Negara77808385878991939597990103050607Jumlah
 IndonesiaXXXXXXX7
KoreaXXX3
 ChinaXXX3
 DenmarkXX2
 Amerika SyarikatX1

Beregu wanita

Negara77808385878991939597990103050607Jumlah
 ChinaXXXXXXXXXXXXX13
 EnglandX1
 JepunX1
KoreaX1

Beregu campuran

Negara77808385878991939597990103050607Jumlah
KoreaXXXXX5
 DenmarkXXX3
 ChinaXXX3
 IndonesiaXXX3
 EnglandXX2
 SwedenXX2